Kumpulan Wen Ken sumbang minuman penyejuk badan

Petugas di Hospital Sungai Buloh menerima sumbangan air penyejuk badan daripada Kumpulan Wen Ken.
Petugas di Hospital Sungai Buloh menerima sumbangan air penyejuk badan daripada Kumpulan Wen Ken.
A
A
A

PETALING JAYA - Kumpulan Wen Ken mengambil inisiatif menyumbangkan sebanyak 100 karton air penyejuk badan kepada kakitangan Hospital Sungai Buloh dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Penyerahan sumbangan air berkenaan merupakan sebahagian daripada inisiatif program khidmat tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat berkenaan bagi meringankan beban petugas barisan hadapan mendepani cabaran penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Katanya, sejak beberapa minggu kebelakangan ini, petugas barisan hadapan telah berusaha untuk menjaga keselamatan rakyat yang berdepan ancaman gelombang ketiga wabak berkenaan.

“Dengan sumbangan ini, Kumpulan Wen Ken berharap produk air penyejuk badan tersebut dapat melegakan panas badan semua petugas barisan hadapan untuk kekal sihat sepanjang Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.

Tambahnya, penyerahan sumbangan itu juga adalah selaras dengan falsafah syarikat itu iaitu ‘Bersyukur, Kebolehpercayaan dan Kesefahaman’.

Artikel Berkaitan: