NGO Malaysia bantu Gaza tangani Covid-19

Muhammad Nadir Al-Nuri (kanan) yang mewakili gabungan NGO Malaysia menyerahkan 10 mesin ventilator dan PPE kepada Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza baru-baru ini.
Muhammad Nadir Al-Nuri (kanan) yang mewakili gabungan NGO Malaysia menyerahkan 10 mesin ventilator dan PPE kepada Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza baru-baru ini.
A
A
A

GAZA - Sebanyak 10 mesin ventilator dan pakaian pelindung diri (PPE) bernilai RM1.1 juta yang dibeli menggunakan dana Tabung Kecemasan Covid-19 Fasa 1 hasil sumbangan gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzzaman berkata, kempen diketuai Persatuan Cinta Gaza Malaysia itu digerakkan untuk menyediakan alatan-alatan diperlukan pasukan perubatan bagi mengekang penularan Covid-19 di Gaza.

“Pihak kami memberikan bantuan segera kepada Kementerian Hal Ehwal dan Pembangunan Sosial serta kementerian lain yang bernilai lebih setengah juta shekel,” katanya semalam.

Katanya, tabung itu dilancarkan dengan kerjasama Iman Care, Azhar Care, Sedekah Jumaat, Dana Kita, Cakna Palestin, Yayasan Amal Malaysia Cawangan Pahang dan turut menerima sumbangan rakyat Malaysia.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kerjasama Antarabangsa di Kementerian Kesihatan Palestin, Dr Abd al-Latif al-Hajj berkata, kementerian giat mencegah Covid-19 yang menular ke Gaza sejak awal tahun ini dan berusaha memerangi wabak itu dengan mengambil sampel daripada orang awam untuk diuji di makmal.

“Usaha ini sangat memerlukan sumber dana yang besar namun kekurangan ubat-ubatan melebihi 47 peratus dan lebih 32 peratus telah habis untuk diberikan kepada pesakit sedia ada,” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkannya ke akaun Maybank Persatuan Cinta Gaza Malaysia 5648 1050 7826.

Artikel Berkaitan: