X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 30 Jun 2022

Internet sering terputus sukarkan proses bekerja dari rumah

Kajian mendapati 35 peratus memberitahu bahawa sambungan internet tidak stabil adalah cabaran yang dihadapi ketika bekerja dari rumah.
A
A

KETIKA kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa kawasan, golongan pekerja diarahkan untuk bekerja dari rumah.

Jutaan pekerja di seluruh negara mengikuti arahan ini dan majoriti daripada mereka sudah bersiap sedia sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada Mac lalu.

Namun, persediaan ini tiada gunanya jika talian internet sering terputus atau tersekat-sekat terutamanya talian data daripada peranti mudah alih.

Alhamdulillah, Merak Jalanan setakat ini tiada masalah untuk bekerja di rumah kerana mempunyai talian internet yang stabil dan laju.

Namun, beberapa sahabat Merak Jalanan yang mengharapkan talian data mudah alih menghadapi masalah internet yang sering terputus. Mereka tidak boleh melanggan fiber optik atau kabel kerana alasan syarikat telco terbabit adalah rumah mereka tiada talian tersebut.

Jadi mereka berharap hanya kepada talian internet dan ini sedikit sebanyak mengganggu tugas harian mereka.

Selain itu, internet boleh terputus jika mereka berkongsi talian pula dengan anak-anak untuk aktiviti pembelajaran dan pengajaran sekolah.

Baru-baru ini, satu kajian yang dijalankan oleh firma penyelidikan pengguna dalam talian, Vase.ai terhadap 1,100 responden tentang cara rakyat Malaysia menyesuaikan diri dengan bekerja dari rumah semasa PKP menunjukkan kesimpulan yang sangat menarik untuk direnungkan.

Kajian mendapati 35 peratus memberitahu bahawa sambungan internet tidak stabil adalah cabaran yang dihadapi ketika bekerja dari rumah.

Oleh itu, Merak Jalanan berharap pihak terbabit boleh menyediakan talian internet yang lebih stabil, atau sekurang-kurangnya menyelesaikan masalah internet yang sering terputus.

Merak Jalanan berharap setiap kali internet terputus, pelanggan akan mendapat diskaun.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!