Ke mana dasar luar AS selepas ini?

Apa sahaja yang berlaku ke atas AS sudah pasti akan memberi sedikit sebanyak kesan kepada negara lain.
Apa sahaja yang berlaku ke atas AS sudah pasti akan memberi sedikit sebanyak kesan kepada negara lain.
A
A
A

PILIHAN Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) mendapat perhatian masyarakat antarabangsa kerana negara tersebut sering disifatkan sebagai negara yang paling kuat dan paling berpengaruh di dunia.

Pemenang perlumbaan ke Rumah Putih antara Donald Trump dan Joe Biden akan menjadikan salah seorang daripada mereka manusia yang paling berkuasa di muka bumi.

Apa sahaja yang berlaku ke atas negara itu sudah pasti akan memberi sedikit sebanyak kesan kepada negara lain.

Oleh itu, persoalan yang sering bermain di minda kita adalah ke mana arah tuju dasar luar AS selepas ini?

Dalam penggal lalu, Trump berjaya membawa perubahan kepada dasar luar AS seperti menjadi Presiden AS pertama menjejakkan kaki di Korea Utara dan menjadi pelopor kepada normalisasi hubungan diplomatik Israel dengan beberapa negara Arab.

Selain itu, pandangan kerasnya terhadap China menyebabkan hubungan kedua-dua negara menjadi dingin sehingga menyebabkan perang dagangan dan menjadikan kawasan Asia Pasifik tempat mereka menunjukkan aset tentera.

Dalam isu-isu melibatkan warga asing, Trump lebih agresif sehingga menyekat kemasukan pelarian dari banyak negara, salah satunya Syria. Trump juga pernah mengeluarkan cadangan mahu membina tembok tinggi bagi memisahkan negaranya dengan jiran di selatan iaitu Mexico.

Sementara itu, adakah dasar luar yang akan dibawa Biden lebih kurang sama dengan Presiden AS sebelum ini yang juga daripada Parti Demokrat, Barrack Obama?

Artikel Berkaitan:

Biden pernah memanggil Trump sebagai rasis kerana pandangannya terhadap warga asing. Biden turut menegur tindakan Trump yang telah menarik diri daripada banyak perjanjian antarabangsa yang dianggap tidak menguntungkan negara itu.

Apa pun, sebagai rakyat Malaysia, kita mahu tahu apakah perubahan dasar luar negara tersebut terhadap negara ASEAN menghadapi hegemoni China dan kesan ekonomi daripada krisis Covid-19.

Hampir pasti dasar luar AS tidak akan banyak berubah terutamanya isu yang melibatkan Palestin dan Asia Barat. Itu sudah pasti.