Hanya 20,000 undi bezakan Trump, Biden di Georgia

Persaingan antara calon Demokrat, Joe Biden dan calon Republikan, Donald Trump semakin sengit.
Persaingan antara calon Demokrat, Joe Biden dan calon Republikan, Donald Trump semakin sengit.
A
A
A

WASHINGTON - Persaingan antara calon Demokrat, Joe Biden dan calon Republikan, Donald Trump semakin sengit dengan tinggal lima negeri yang bakal menjadi penentu iaitu Georgia, Nevada, North Carolina, Alaska dan Pennsylvania.

Paling mendebarkan kiraan undi di negeri Georgia yang menyaksikan Biden semakin merapatkan jurang margin undi kepada 20,000 sahaja.

Jika pada sebelah malam semalam, Trump berada agak selesa jauh di depan di Georgia, namun Biden kini sudah memperoleh 2,414,781 undi sementara Trump mendapat 2,432,925 undi.

Peningkatan jumlah undi Biden dipercayai menerusi undi-undi pos yang banyak memihak kepada Demokrat.

Pegawai Georgia melaporkan hanya tinggal kira-kira 61,367 undi pos yang belum dikira.

"Kita sepatutnya menerima keputusan menjelang tengah hari," katanya.

Negeri Georgia menawarkan 16 undi elektoral dalam sistem pilihan raya Presiden AS.

Selepas dua hari pilihan raya, kedudukan semasa kiraan undi elektoral menyaksikan Biden mendapat 264 undi manakala Trump memperoleh 214 undi.

Artikel Berkaitan: