X

Kindly register in order to view this article
!

91 sekolah di daerah Kerian ditutup

Sebanyak 91 sekolah di daerah Kerian ditutup mulai 7 hingga 20 November depan. Gambar kecil: Razman Zakaria
A
A

IPOH - Sebanyak 91 sekolah di daerah Kerian ditutup mulai 7 hingga 20 November depan berikutan risiko penularan wabak Covid-19 yang tinggi.

Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Perak, Razman Zakaria berkata, penutupan berkenaan melibatkan sekolah rendah dan sekolah menengah di bawah Kementerian Kesihatan, Kolej Vokasional serta sekolah swasta yang berdaftar dengan kementerian.

Menurutnya, penutupan selama dua minggu dibuat sebagai langkah pencegahan awal selari dengan kehendak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan nasihat Kementerian Kesihatan.

"Semua ibu bapa dan guru diminta terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan memastikan penjagaan jarak sosial ketika berada di tempat awam, pemakaian pelitup muka, penjagaan kebersihan diri dan sebagainya.

"Diharapkan semua ibu bapa dapat memantau kesihatan anak masing-masing dan segera mendapatkan rawatan sekiranya didapati bergejala seperti demam, batuk dan selesema khususnya bagi murid yang bersekolah di sekolah-sekolah terbabit," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumka pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Mukim Parit Buntar, Perak berkuat kuasa Sabtu ini sehingga 20 November depan.

Beliau berkata, sehingga 3 November lalu, Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengesahkan sebanyak 12 kes positif Covid-19 direkodkan.

Menurutnya, penilaian risiko oleh KKM pula menunjukkan trend peningkatan kes Covid-19 terus berlaku di mukim tersebut.

Senarai sekolah yang terlibat dengan penutupan itu seperti berikut:

1. SEKOLAH KEBANGSAAN ALOR PONGSU

2. SEKOLAH KEBANGSAAN BAGAN SERAI

3. SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT MERAH

4. SEKOLAH KEBANGSAAN CHANGKAT LOBAK

5. SEKOLAH KEBANGSAAN DATO' MAS'UD

6. SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA KURAU

7. SEKOLAH KEBANGSAAN MATANG GERDU

8. SEKOLAH KEBANGSAAN MATANG JELUTONG

9. SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT HAJI TAIB

10. SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT HAJI AMAN

11. SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BOGAK

12. SEKOLAH KEBANGSAAN SRI SIAKAP

13. SEKOLAH KEBANGSAAN TEBUK PANCUR

14. SEKOLAH KEBANGSAAN TELUK MEDAN

15. SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK PIAL

16. SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN BAHARU

17. SEKOLAH KEBANGSAAN HAJI RAMLI

18. SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG KEDAH

19. SEKOLAH KEBANGSAAN SRI KERIAN

20. SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT HJ WAHAB

21. SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT TOK NGAH

22. SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BAHARU

23. SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BURONG

24. SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI STAR

25. SEKOLAH KEBANGSAAN TANAH KEBUN

26. SEKOLAH KEBANGSAAN TANJONG PIANDANG

27. SEKOLAH KEBANGSAAN TITI SERONG

28. SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI MEGAT ARIS

29. SEKOLAH KEBANGSAAN GUNONG SEMANGGOL

30. SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG DEW

31. SEKOLAH KEBANGSAAN DATO' ALAUDIN

32. SEKOLAH KEBANGSAAN SAMA GAGAH

33. SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI KEPAR

34. SEKOLAH KEBANGSAAN SERI PINANG

35. SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG TUA

36. SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG SELAMAT

37. SEKOLAH KEBANGSAAN HAJI DAHLAN

38. SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA GULA

39. SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA KURAU (BARU)

40. SEKOLAH KEBANGSAAN BARU PARIT BUNTAR

41. SEKOLAH KEBANGSAAN WAWASAN

42. SEKOLAH KEBANGSAAN METHODIST PARIT BUNTAR

43. SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN MATANG BULUH

44. SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) SIN HWA

45. SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) BIN SIN

46. SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) NAM HUA

47. SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) WAI SIN

48. SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) YU CHAI

49. SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) YUK HWA

50. SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) CHONG WAH

51. SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) TONG WAH

52. SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) ALOR PONGSU

53. SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) AIK HWA

54. SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) LADANG SELINSING

55. SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) LADANG YAM SENG

56. SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) KUALA KURAU

57. SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) SIMPANG LIMA

58. SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) BAGAN SERAI

59. SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) SAINT MARY'S

60. SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) LADANG SUNGAI BOGAK

61. SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) LADANG GULA

62. SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) LADANG CHERSONESE

63. SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) LADANG JIN SENG

64. SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) LADANG SOON LEE

65. SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) ARUMUGAM PILLAI

66. SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) LADANG KALUMPONG

67. SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) LADANG GEDONG

68. SEKOLAH RENDAH ISLAM AL-EHYA ASSHARIFF

69. SRA AR-RIDHWANIAH

70. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PANGLIMA BUKIT

GANTANG

71. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SRI PERAK

72. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ALANG ISKANDAR

73. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ALOR PONGSU

74. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAJA LOPE NOR RASHID

75. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KUALA KURAU

76. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ABU BAKAR AL-BAQIR

77. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GUNUNG SEMANGGOL

78. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PEKAN BARU

79. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SELINSING

80. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN METHODIST

81. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KRIAN

82. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SRI KURAU

83. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BAGAN SERAI

84. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MUDZAFFAR SHAH

85. SEKOLAH MENENGAH AGAMA AL-HIDAYAH

86. SMA SHAMSUL MAARIF AL WATANIAH

87. SEKOLAH MENENGAH AGAMA AL FALAH

88. MAAHAD AL EHYA ASSHARIFF

89. MA'AHAD AR-RIDHWAN

90. KOLEJ VOKASIONAL KERIAN

91. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA KERIAN


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!