Tiga daerah di Sabah catat angka lebih 100 kes Covid-19

Gambar kecil: Masidi Manjun.Petugas Kementerian Kesihatan yang lengkap dengan kelengkapan pelindung diri (PPE) berehat sementara menunggu penduduk menjalani saringan Covid-19 di Surau Al-Hasanah Lupak Meluas semalam. - Foto Bernama
Gambar kecil: Masidi Manjun.Petugas Kementerian Kesihatan yang lengkap dengan kelengkapan pelindung diri (PPE) berehat sementara menunggu penduduk menjalani saringan Covid-19 di Surau Al-Hasanah Lupak Meluas semalam. - Foto Bernama
A
A
A

KOTA KINABALU - Tiga daerah hari ini mencatat lebih 100 kes positif koronavirus (Covid-19) sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan adalah sebanyak 564 kes di Sabah.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kota Kinabalu mencatat sebanyak 183 kes, disusuli Sandakan sebanyak 120 kes dan Tawau catat 107 kes.

"Kota Kinabalu hari ini terdapat kluster baharu iaitu Kluster Sutera dengan mencatat sebanyak 15 kes dan Sandakan pula mendapat pertambahan kes daripada Kluster Penjara Sandakan iaitu 73 kes," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, Kinabatangan dan Ranau hari ini dikategorikan sebagai zon jingga dimana hari ini kedua-duanya tidak mencatat sebarang kes.

"Kedua-dua daerah bertukar kepada zon jingga merujuk kepada bilangan kes masing-masing mencecah 21 hingga 40 kes," katanya.

Bagi daerah lain, Masidi turut memaklumkan bahawa Lahad Datu, Tuaran dan Papar masing-masing mencatat sebanyak 22 kes, selain Putatan (19), Penampang (18), Keningau dan Kunak catat lapan kes.

"Kudat catat lapan kes, Semporna (6), Kota Marudu (5), Kota Belud (4), Beluran, Beaufort dan Kuala Penyu masing-masing catat dua kes serta Pitas dan Telupid catat satu kes," katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa sebuah Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) tambahan di Dewan Sukan dan Rekreasi Kinabatangan telah beroperasi semalam.

Artikel Berkaitan:

"Pada hari ini, seramai 3,257 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 734 orang di hospital dan 2,523 orang di PKRC di seluruh Sabah.

"Jumlah katil di Hospital Covid-19 adalah sebanyak 939 katil, manakala PKRC adalah sebanyak 7,994 katil menjadikan jumlah keseluruhan 8,933 katil dan peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 36.46 peratus," katanya.

Terdahulu, selain Kota Kinabalu, Tuaran juga terdapat kluster baharu iaitu Kluster Ria 30 dengan mencatat sebanyak sembilan kes.