Bukan culik, tapi kes rebut bayi

Tular video berdurasi 42 saat sejak semalam yang memaparkan seorang lelaki menggendong bayi keluar dari Pusat Transformasi Bandar (UTC) Jalan Hang Tuah, Melaka.
Tular video berdurasi 42 saat sejak semalam yang memaparkan seorang lelaki menggendong bayi keluar dari Pusat Transformasi Bandar (UTC) Jalan Hang Tuah, Melaka.
A
A
A

MELAKA - Polis menafikan berlaku kejadian culik bayi di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Jalan Hang Tuah di sini.

Sebaliknya, klip video yang tular sejak semalam adalah berkaitan kes perebutan keluarga angkat antara ibu kandung.

Kejadian yang berlaku lebih kurang jam 3 petang itu dipercayai berlaku ketika keluarga angkat terbabit ingin membuat urusan pasport bayi berkenaan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, pihaknya sudah menerima laporan polis berhubung kejadian tersebut.

Video memaparkan seorang lelaki bersama-sama ibu kandung bayi yang berusia 17 tahun menaiki sebuah motosikal meninggalkan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Jalan Hang Tuah, Melaka.
Video memaparkan seorang lelaki bersama-sama ibu kandung bayi yang berusia 17 tahun menaiki sebuah motosikal meninggalkan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Jalan Hang Tuah, Melaka.

"Kes bukan diklasifikasikan sebagai penculikan sebaliknya perebutan anak antara ibu kandung dan ibu angkat.

"Kita juga masih menjalankan siasatan lanjut dan harap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian untuk mengesahkan insiden berkenaan.

Terdahulu, tular di media sosial video berdurasi 42 saat yang memaparkan bayi tersebut telah dibawa lari oleh seorang lelaki bersama-sama ibu kandungnya yang berusia 17 tahun dengan menaiki sebuah motosikal.

Artikel Berkaitan:

Individu terbabit dilihat hanya menggendong bayi itu dengan sebelah tangan dan terus menuju ke tempat parkir motosikal sebelum seorang perempuan berbaju merah dipercayai ibu kandung bayi membonceng motosikal terbabit dan mereka bergerak keluar dari kawasan tersebut.

Difahamkan keluarga angkat dan remaja perempuan itu saling mengenali antara satu sama lain.