Bengkel, dua kereta musnah dalam kebakaran

Sebuah bengkel dan dua buah kereta musnah dalam kebakaran di Taman Sri Tangkak, Tangkak malam tadi.
Sebuah bengkel dan dua buah kereta musnah dalam kebakaran di Taman Sri Tangkak, Tangkak malam tadi.
A
A
A

TANGKAK - Sebuah bengkel dan dua buah kereta musnah dalam satu kebakaran di Taman Sri Tangkak di sini malam tadi.

Kejadian pada jam 9.20 malam itu tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.

Komander Operasinya, Penolong Penguasa Bomba Rafiah Aziz berkata, seramai 24 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangkak dengan sebuah jentera Light Fire Rescue Team (LFRT) dan dua Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

Anggota bomba memadamkan kebakaran di sebuah bengkel di Taman Sri Tangkak, Tangkak malam tadi.
Anggota bomba memadamkan kebakaran di sebuah bengkel di Taman Sri Tangkak, Tangkak malam tadi.

Menurutnya, operasi itu turut dibantu sebuah jentera Fire Rescue Vehicle (FRV) dan tiga Rapid Intervention Motorcycle (RIM).

"Kebakaran melibatkan sebuah bengkel dua tingkat jenis kekal di bahagian tingkat bawah dan dua kereta jenis Proton Iswara serta Perodua Kancil.

"Kebakaran dapat dikawal dalam tempoh tidak sampai satu jam. Punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, operasi tamat jam 10.33 malam.

Artikel Berkaitan: