Lelaki Vietnam ditahan simpan, jual bahagian hidupan liar

Seorang lelaki warga Vietnam ditahan kerana menyimpan dan menjual pelbagai bahagian hidupan liar di Jalan Benut, Simpang Renggam, Kluang, semalam.
Seorang lelaki warga Vietnam ditahan kerana menyimpan dan menjual pelbagai bahagian hidupan liar di Jalan Benut, Simpang Renggam, Kluang, semalam.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor menahan seorang lelaki warga Vietnam kerana menyimpan dan menjual pelbagai bahagian hidupan liar di sebuah premis di kawasan perindustrian di Jalan Benut, Simpang Renggam, Kluang semalam.

Pengarah Perhilitan Johor, Salman Saaban berkata, empat anggota penguat kuasa menahan lelaki berusia lelaki 35 tahun itu pada jam 3.45 petang selepas mendapat maklumat awam.

"Hasil pemeriksaan pihaknya menemukan satu bahagian daging disyaki babi hutan dalam sebuah peti sejuk beku, dua duri landak, tiga taring babi hutan, empat kulit ular sawa batik, lima kulit biawak serta enam tulang babi hutan.

"Lelaki berkenaan merupakan pekerja di sebuah kedai buah-buahan di kawasan berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Salman berkata, semasa soal siasat, lelaki berkenaan gagal menunjukkan sebarang dokumen yang sah untuk menyimpan bahagian hidupan liar tersebut.

Jelas beliau, pihaknya percaya hidupan liar yang disimpan itu adalah untuk kegunaan sendiri dan dijual.

Dalam pada itu, Salman berkata, selain bahagian hidupan liar, pihaknya turut merampas dua telefon pintar, satu pasport serta satu bil elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) daripada lelaki terbabit untuk membantu siasatan.

Pada masa yang sama katanya, pihak Perhilitan akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadap lelaki berkenaan hari ini.

Artikel Berkaitan: