Kelindan lori maut tersepit

Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan di Kilometer 149.2 Lebuhraya Utara-Selatan, Arah Selatan, Bukit Gambir hari ini.
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan di Kilometer 149.2 Lebuhraya Utara-Selatan, Arah Selatan, Bukit Gambir hari ini.
A
A
A

TANGKAK - Seorang kelindan lori maut manakala pemandunya parah selepas terlibat kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 149.2 Lebuhraya Utara-Selatan, Arah Selatan, Bukit Gambir di sini hari ini.

Dalam kejadian pada jam 6.43 pagi, mangsa, Mohd Amirul Shazwan Arsyad, 21, meninggal dunia di tempat kejadian.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Gambir, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Nazir Abdul Rahman berkata, kemalangan itu berlaku apabila lori jenis Isuzu tiga tan hilang kawalan dan melanggar belakang treler yang membawa muatan simen.

Menurutnya, pelanggaran tersebut mengakibatkan mangsa dan pemandu lori, Mohd Izamuddin Salahuddin, 21, tersepit di tempat duduk masing-masing.

"Seramai lapan anggota dari BBP Bukit Gambir dengan sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

"Pemandu lori yang parah dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar dengan menaiki ambulans," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, pemandu treler, K Mani, 65, tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Operasi tersebut tamat pada jam 7.25 pagi," katanya.

Artikel Berkaitan: