Kakitangan Pejabat MB Perak positif Covid-19

Kenyataan media Pejabat Menteri Besar Perak yang memaklumkan terdapat seorang kakitangan pejabat itu positif Covid-19.
Kenyataan media Pejabat Menteri Besar Perak yang memaklumkan terdapat seorang kakitangan pejabat itu positif Covid-19.
A
A
A

IPOH - Seorang kakitangan Pejabat Menteri Besar Perak disahkan positif koronavirus (Covid-19) selepas menjalani saringan kesihatan.

Pejabat Menteri Besar Perak dalam satu kenyataan berkata, sehubungan itu pejabat berkenaan yang terletak di dalam Bangunan Perak Perak Darul Ridzuan ditutup sementara.

Menurutnya, Jabatan Kesihatan Perak kini sedang menjalankan saringan kontak rapat kakitangan tersebut sementara semua pegawai dan kakitangan Pejabat Menteri Besar Perak telah diarahkan untuk menjalani kuarantin kendiri di rumah serta memantau tahap kesihatan masing-masing sehingga arahan selanjutnya.

"Untuk makluman, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu tidak berada di pejabat dalam tempoh ini kerana sedang menghadiri sidang Parlimen. Bagaimanapun di atas faktor keselamatan, Ahmad Faizal telah menjalani ujian saringan kesihatan semalam dan keputusan disahkan negatif Covid-19.

"Sama-sama kita doakan agar kakitangan yang telah disahkan positif Covid-19 segera sembuh sepenuhnya dan semua warga kerja Pejabat Menteri Besar serta seluruh rakyat dipelihara daripada ancaman wabak ini," katanya dalam kenyataan tersebut hari ini.

Dalam pada itu, proses sanitasi juga telah dibuat mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sebagai langkah keselamatan.

Artikel Berkaitan: