Tiga lokasi baharu PKPD di Sabah, tiga negeri dikenakan PKPB

Ismail Sabri Yaakob bercakap pada sidang media perkembangan PKPP di Wisma Pertahanan Kementerian Pertahanan (MINDEF) hari ini. - Foto Bernama
Ismail Sabri Yaakob bercakap pada sidang media perkembangan PKPP di Wisma Pertahanan Kementerian Pertahanan (MINDEF) hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tiga lokasi baharu di Sabah sementara satu mukim masing-masing di Negeri Sembilan, Terengganu dan Perak akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pelaksanaan PKPD dibuat di Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau, Penjara Sandakan dan Kuarters Penjara Taman Wira Sandakan berkuat kuasa esok sehingga 19 November.

'’Setakat 4 November 2020, saringan Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan sebanyak 440 kes positif pandemik koronavirus (Covid-19) melibatkan tahanan dan juga staf di Pusat Tahanan Sementara Tawau ini.

PKPD PTS Tawau ini akan melibatkan 1,707 inidividu yang terdiri daripada 1,603 tahanan dan 104 kakitangan,'’ katanya pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini, hari ini.

Beliau berkata PKPD di Penjara Sandakan dan Kuarters Penjara Taman Wira pula melibatkan seramai 1,605 individu yang merangkumi 1,308 orang tahanan dan 297 orang kakitangan. - Bernama

Artikel Berkaitan: