Peniaga nasi lemak nafi ugut bunuh ibu

Emmanuel (baju putih) kelihatan tenang selepas prosiding.
Emmanuel (baju putih) kelihatan tenang selepas prosiding.
A
A
A

AMPANG - Seorang peniaga nasi lemak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang, atas tuduhan mengugut bunuh ibunya, minggu lalu.

Emmanuel Joe Christie membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Mohamad Firdaus Syadina Ali hari ini.

Berdasarkan pertuduhan, Emmanuel, 23, didakwa telah menakutkan ibunya, P Calestina Jeya Seli dengan ugutan yang menyebabkan kematian dan kecederaan.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah restoran di sini, jam 12 tengah malam, 25 Januari lalu.

Pendakwaaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Norhashimah Hashim mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Norhashimah mencadangkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin.

Majistret membenarkan jaminan RM3,500 dengan seorang penjamin dan sebagai syarat tambahan, lelaki itu dilarang mendekati mangsa.

Mahkamah menetapkan 11 Mac depan untuk sebutan semula kes.

Artikel Berkaitan: