Harimau bintang cetus panik

Beberapa lelaki lari bertempiaran selepas haiwan tersebut menyerang rakan mereka.
Beberapa lelaki lari bertempiaran selepas haiwan tersebut menyerang rakan mereka.
A
A
A

NEW DELHI - INDIA. Kemunculan seekor harimau bintang mencetuskan panik di bandar Jalandhar selepas ia dilihat berkeliaran selama beberapa jam sebelum menyerang penduduk, semalam.

Seramai empat orang cedera akibat diserang haiwan itu yang berlegar-legar di sekitar bandar Punjab dihuni 800,000 penduduk selama lebih enam jam sebelum ia ditangkap.

Rakaman yang menjadi tular menunjukkan orang ramai berkumpul untuk melihat usaha menangkap harimau bintang tersebut yang akhirnya berjaya ditangkap selepas diberi ubat pelali.

Pegawai hidupan liar Punjab memaklumkan haiwan itu dipercayai datang dari kawasan bukit berhampiran negeri Himachal Pradesh dan tiba di Jalandhar melalui padang dan hutan. - AFP

Artikel Berkaitan: