X

Kindly register in order to view this article
!

Vaksin Covid-19 diwajibkan di Argentina

Vaksin Covid-19 akan 'diwajibkan' dan percuma di Argentina untuk mereka berusia lebih 18 tahun.
A
A

BUENOS AIRES - Vaksin koronavirus (Covid-19) akan 'diwajibkan' dan percuma di Argentina untuk mereka berusia lebih 18 tahun, lapor agensi berita Xinhua memetik seorang pegawai Kementerian Kesihatan negara itu.

Ketua Kakitangan Kementerian, Lisandro Bonelli dalam satu temu bual dengan radio tempatan berkata, vaksin itu 'wajib' untuk melindungi kepentingan individu dan semua.

Katanya, rakyat berusia lebih 60 tahun yang menghidap pelbagai penyakit serta petugas penjagaan kesihatan penting dan anggota keselamatan akan diberi 'keutamaan' untuk mendapat vaksin sebelum penduduk lain yang berumur lebih 18 tahun.

Kerajaan merancang untuk mendapatkan 10 juta dos vaksin Sputnik V Rusia pada akhir Disember, sekiranya ujian klinikal fasa ketiga vaksin berjaya.

Kata Bonelli, sebanyak 15 juta dos lagi akan diperoleh pada Januari, bergantung kepada semua prosedur pengesahan peraturan nasional dan antarabangsa.

Argentina mencatatkan kes pertama Covid-19 pada 3 Mac dan telah melaporkan lebih 1,195,000 kes jangkitan dan lebih 32,000 kematian. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!