Sila log masuk terlebih dahulu.

Perbelanjaan PRN Sabah telan kos RM130 juta

Takiyuddin
Takiyuddin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan telah menyalurkan sebanyak RM130 juta kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membiayai kesemua kos Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Takiyuddin Hassan berkata, kos itu merangkumi semua termasuk logistik dan peralatan bagi melancarkan pilihan raya tersebut.

"Kos bagi pelaksanaan PRU DUN Sabah ke-16 oleh SPR adalah berjumlah RM130 juta yang merangkumi perolehan pembelian dan sewaan peralatan pilihan raya, keperluan peralatan dan sistem ICT, logistik, elaun petugas pilihan raya dan keperluan lain pilihan raya.

"Perbelanjaan ini turut mengambil kira keperluan peralatan mengikut garis panduan pencegahan (koronavirus) Covid-19," katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan lisan Lim Lip Eng (PH-Kepong) yang meminta kerajaan menyatakan kos-kos yang telah disalurkan kepada SPR dan lain-lain agensi untuk mengendalikan PRN Sabah baru-baru ini.

Selain PRN Sabah, dua PRK DUN lain iaitu Slim, Perak dan Chini, Pahang berlangsung dalam suasana normal baharu dan prosedur operasi standard (SOP) ketat bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Artikel Berkaitan: