Empat kawasan di Kuala Selangor berdepan gangguan bekalan air


Aplikasi Air Selangor memaklumkan terdapat empat kawasan di daerah Kuala Selangor dijangka mengalami gangguan bekalan air esok.
Aplikasi Air Selangor memaklumkan terdapat empat kawasan di daerah Kuala Selangor dijangka mengalami gangguan bekalan air esok.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Sebanyak empat kawasan di daerah ini dijangka akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula jam 10 pagi esok.

Menerusi aplikasi Air Selangor memaklumkan, empat kawasan terjejas adalah di Taman Panglima Putih, Taman Kuala Selangor Utama, Taman Bentara dan Taman Rhu.

Kenyataan itu memberitahu, gangguan bekalan itu berlaku berikutan kerja-kerja pencucian paip agihan di Kuala Selangor.

"Penutupan bekalan sementara itu dijangka pulih pada jam 10 malam esok," kata kenyataan itu.

Justeru, kenyataan itu mengingatkan pengguna agar menyimpan bekalan secukupnya sepanjang tempoh gangguan berkenaan.

"Segala tindakan akan diambil bagi mempercepatkan kerja-kerja pencucian paip agihan ini," katanya.

Artikel Berkaitan: