Ada rasa nak balas: Mira Filzah

Pelakon, Mira Filzah
A
A

PELAKON cantik, Mira Filzah mengakui dia juga manusia biasa yang punya perasaan seperti orang lain.

Mira, 25, mengulas ketika ditanya mengenai sikap netizen yang mudah jatuh hukum tanpa mengetahui hal sebenar.

Menurut pelakon Pujaan Hati Kanda ini, benda negatif sebegitu ia agak sensitif dan akur netizen mempunyai pandangan yang berbeza.

“Oleh kerana itu, ikut diri sendiri sahaja, rasa kita tahu apa yang dibuat, komen negatif tersebut kita abaikan.

“Saya baca juga komen-komen mereka, sekiranya apa yang dikatakan itu betul, saya terima.

“Sebab diri sendiri sahaja yang faham dan tahu apa yang mereka maksudkan.

“Tetapi saya sejenis tidak membalas untuk mengelak huru-hara. Kadang-kadang ada perasaan nak balas, tapi saya kawal,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui baru-baru ini.