X

Kindly register in order to view this article
!

Biden dapat undi terbanyak dalam sejarah

Joe Biden
A
A

WASHINGTON - Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) masih belum menemui pemenang mutlak, tetapi calon Demokrat, Joe Biden telah melakar sejarah tersendiri apabila memenangi undi terbanyak yang pernah diterima calon presiden dalam Pilihan Raya AS.

Dengan lebih daripada 70 juta undi keseluruhan setakat ini, Biden telah mengalahkan rekod yang dilakukan Barack Obama pada tahun 2008.

Obama sebelum ini memperoleh 69,498,516 undi dalam perlumbaan jawatan Presidennya melawan Senator Republikan, John McCain.

Biden mencatatkan rekod itu dalam pilihan raya yang menyaksikan paling ramai pengundi keluar membuang undi dalam tempoh 120 tahun.

Bagaimanapun, sistem pilihan raya Presiden AS tidak diputuskan oleh undi popular sebaliknya calon perlu memenangi undi elektoral.

Setakat awal pagi tadi, Biden nampak selesa di depan dengan memperoleh 264 undi dan hanya enam lagi undi menuju angka 270 yang merupakan majoriti mudah.

Bagaimanapun, Biden mungkin berdepan masalah kerana baki beberapa negeri yang masih dalam kiraan undi menyaksikan Trump sedang berada di depan terutamanya di Pennsylvania, North Carolina dan Georgia.

"Saya tidak berada di sini untuk menyatakan bahawa kami telah menang. Tetapi saya di sini untuk melaporkan, apabila penghitungan selesai, kami yakin kami akan menjadi pemenang," kata Biden semalam.

Sementara itu, Trump telah mendakwa beliau telah memenangi pilihan raya itu, namun Demokrat berusaha untuk mencuri pilihan raya tersebut daripada Republikan.

"Ini memalukan negara kita," kata presiden awal pagi tadi.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!