X

Kindly register in order to view this article
!

Tiada keperluan laksana total lockdown

Datuk Seri Mohd Redzuan Mohd Yusof
A
A

KUALA LUMPUR - Perintah berkurung tidak perlu dilaksanakan di Malaysia ketika ini kerana negara dalam peringkat pemulihan dan dasar pemisah (exit policy) pandemik koronavirus (Covid-19).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Mohd Yusof berkata, mekanisme pengurusan krisis negara telah dilaksanakan dan berjaya mengawal penularan wabak tersebut.

"Tindakan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula daripada 18 Mac 2029 adalah bagi memutuskan rantaian penularan Covid-19 terutamanya setelah berlakunya kluster terbesar iaitu Kluster Sri Petaling.

"Ternyata pelaksanaan PKP telah berjaya menurunkan keluk penularan wabak Covid-19. PKP yang dilaksanakan di Malaysia tidak seperti perintah berkurung di mana rakyat tidak dibenarkan keluar langsung untuk aktiviti di luar kediaman dan tiada langsung pergerakan di luar termasuklah untuk membeli makanan serta keperluan lain.

"Tindakan kerajaan membuat PKP ketika itu adalah berikutan kerajaan belum lagi memperhalusi kaedah-kaedah yang sewajarnya dibuat bagi menangani masalah penularan wabak Covid-19.

"Ketika itu kerajaan sedang dalam fasa mengkaji prosedur operasi standard (SOP) yang boleh digunapakai bagi menjalankan aktiviti dengan membaiki keseimbangan kepada aktiviti ekonomi, fizikal dan sosial," katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (BN-Arau) mengenai mengapa sehingga kini kerajaan masih tidak lagi melaksanakan PKP atau lockdown memandangkan berlakunya peningkatan kes Covid-19 yang agak kritikal terutamanya di Sabah dan beberapa negeri lain.

Mengulas lanjut, Mohd Redzuan berkata, sekiranya perintah berkurung dibuat, ia akan memberi kesan negatif kepada kesihatan mental dan ekonomi.

Katanya, kerajaan seharusnya membuat kawalan yang seimbang melalui kaedah pencegahan terbaik iaitu membudayakan dan mengamalkan normal baharu kehidupan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!