Red Devils bakal berdepan tekanan hebat

Ole Gunnar Solskjaer
Ole Gunnar Solskjaer
A
A
A

MANCHESTER United bakal berdepan tekanan hebat pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) berdepan Everton di Goodison Park malam esok.

Pengurusnya, Ole Gunnar Solskjaer berkata, dua kekalahan dimulai 0-1 kepada Arsenal di Old Trafford minggu lalu serta 1-2 kepada kelab Turki, Istanbul Basaksehir kelmarin nyata tambah merumitkan keadaan.

Justeru, menurutnya, skuad The Red Devils itu tidak memiliki pilihan selain bangkit mencatat kemenangan berdepan skuad The Toffees itu.

"Dua perlawanan terdahulu nyata mengecewakan, namun saya berharap pemain akan tetap bersemangat untuk aksi berdepan Everton.

"Perlawanan ini pastinya akan menjadi perlawanan yang sukar buat kami nanti," katanya.

United kini berada pada kedudukan ke-15 EPL dengan tujuh mata hasil dua kemenangan, seri sekali dan tewas tiga kali daripada enam perlawanan yang diharungi setakat ini.

Skuad The Red Devils itu juga sekadar mengumpul enam mata daripada dua kemenangan ke atas Paris Saint-German dan Rab Leipzig dalam kempen saingan Liga Juara-Juara Kumpulan H.

Sementara itu, Solskjaer menegaskan, biarpun mengakui skuad kendaliannya itu sedang bergelut berdepan masalah, namun sesuatu perlu dilakukan pada aksi berdepan Everton malam ini.

Artikel Berkaitan:

"Saya kecewa dengan keputusan (kekalahan) ini. Kita telah buat pilihan pemain untuk menang tapi tetap gagal.

"Bagaimanapun, saya menafikan kekalahan pasukan disebabkan tindakan saya melakukan 'pertukaran pemain' cuma kami tidak beraksi dengan baik," katanya.