WOW...12 juta tonton Pujaan Hati Kanda!

No Image Caption
A
A
A

DRAMA Pujaan Hati Kanda yang menggandingkan Remy Ishak dan Mira Filzah ini telah meraih rating terkumpul sebanyak 12 Juta dengan episod akhirnya ditonton 5 Juta penonton pada 28 Januari lalu. Lebih membanggakan, drama ini turut memperoleh lebih 30 juta tontonan di Youtube @TV3Malaysia!. (sumber Nielsen Audience Measurement).

Menurut Pengurus Besar, Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3 & TV9, Puan Siti Nurlisia Mohd Nadzri, drama ini bukan sahaja tular kerana watak utamanya, malah dua watak antagonis iaitu watak Pali yang dilakonkan oleh Syazwan Zulkifly dan Kak Su oleh Reen Rahim turut tular apabila netizen geram dengan kedua watak ini.

"Kesemua watak di dalam drama ini mempunyai peranan tersendiri yang turut membantu drama ini diterima baik oleh orang ramai. Terima kasih kami ucapkan buat penonton setia yang sentiasa memberi sokongan terhadap drama-drama melayu di TV3. Sokongan anda menjadi pemangkin buat kami untuk sentiasa berusaha membawakan pelbagai lagi drama dan program menarik untuk tontonan anda!," katanya.

Berakhirlah teka-teki siapa ibu bapa kandung bayi comel bernama Rizqy. Danny juga menjadi hak mutlak Tiara yang sarat hamil. Pujaan Hati Kanda mengisahkan mengenai Danny lakonan Remy Ishak yang menerima kehadiran seorang bayi di hari pernikahannya. Danny terpaksa mencari pengasuh yang sudi menjaga Rizqy sementara dia menyiasat siapa sebenarnya ibu kepada Rizqy dan benarkah Rizqy anak kandungnya.

Dalam kesulitan, Danny dipertemukan dengan Tiara (Mira Filzah), pelajar lepasan universiti yang kesempitan wang ringgit. Danny merahsiakan perkara sebenar mengenai identiti bayi itu. Tiara hanya mengetahui Danny adalah seorang duda yang kematian isteri. Tanpa diduga, cinta mula berputik antara Danny dan Tiara. Dalam masa yang sama, Danny masih berusaha menjejak gadis misteri demi sebuah kebenaran dengan apa cara sekalipun sekali gus membongkar misteri yang membelenggu hidupnya.

Artikel Berkaitan: