Bulan Menabung SSPN tingkat budaya menyimpan rakyat Malaysia

Pengikut laman media sosial PTPTN berpeluang menguji minda dalam slot Kuiz Kahoot sempena Bulan Menabung SSPN 2020.
Pengikut laman media sosial PTPTN berpeluang menguji minda dalam slot Kuiz Kahoot sempena Bulan Menabung SSPN 2020.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Bulan Menabung Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) 2020 anjuran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang berakhir pada 31 Oktober 2020 lalu berjaya merekodkan jumlah simpanan sebanyak RM150.4 juta.

Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan berkata, pencapaian itu menunjukkan masyarakat Malaysia mempunyai kesedaran dan keutamaan untuk membuat simpanan terutamanya bagi tujuan pendidikan demi masa depan anak-anak.

Menurutnya, Bulan Menabung SSPN 2020 berlangsung selama sebulan bermula 1 hingga 31 Oktober lalu secara dalam talian melalui platform Facebook rasmi PTPTNOfficial dan PTPTN menyasarkan RM110 juta jumlah simpanan.

"PTPTN berjaya mencapai 136.73 peratus berbanding yang disasarkan. Justeru, saya mewakili PTPTN, mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada masyarakat Malaysia yang telah memulakan langkah bijak dan terbaik membuat penabungan di dalam SSPN bagi menjamin masa depan pendidikan anak-anak,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, Bulan Menabung SSPN 202 dilihat berjaya meningkatkan budaya menabung dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Katanya, peningkatan jumlah simpanan dalam tempoh sama berbanding tahun lepas jelas menunjukkan bahawa semakin ramai ibu bapa menyedari kepentingan membuat penabungan dan perancangan kewangan untuk pendidikan tinggi anak-anak.

"Itulah istimewanya intrumen simpanan SSPN ini yang mampu membentuk nation building,” katanya.

Sementara itu, Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata, sejak tahun 2004, PTPTN memulakan langkah untuk memperkasakan penabungan bagi tujuan pendidikan untuk masyarakat Malaysia melalui SSPN.

Artikel Berkaitan:

Slot Teka Dalam Tabung berjaya menarik perhatian ramai dengan slot yang santai bersama selebriti undangan Azura Zainal Abidin.
Slot Teka Dalam Tabung berjaya menarik perhatian ramai dengan slot yang santai bersama selebriti undangan Azura Zainal Abidin.

Katanya, skim itu merupakan pelan simpanan pendidikan terbaik yang diwujudkan oleh Kerajaan melalui PTPTN untuk membantu perancangan kewangan dan mempunyai banyak keistimewaan yang disediakan kepada pendeposit.

“Masyarakat Malaysia digalakkan untuk terus membuat simpanan melalui SSPN walau pun ketika negara dilanda ujian dengan pandemik Covid-19 memandangkan simpanan ini menawarkan pelbagai keistimewaan berganda kepada pendeposit," katanya.

Menurutnya, pembukaan atau penambahan akaun SSPN boleh dibuat melalui pelbagai saluran yang lebih mudah, cepat dan selamat secara dalam talian melalui www.lovesspn.com atau saluran-saluran perbankan internet yang telah disediakan.

Ahmad Dasuki berkata, tahun 2020 merupakan tahun ketiga PTPTN menganjurkan Bulan Menabung SSPN bersempena dengan Hari Tabungan Sedunia yang disambut pada 31 Oktober setiap tahun.

Katanya, pada tahun 2018 dan 2019, PTPTN mengadakan Minggu Menabung SSPN di pusat membeli belah selama tiga hari berturut-turut di seluruh Malaysia manakala pada 2020, ia sedikit berbeza dan dijadikan kepada Bulan Menabung SSPN dengan mengadakan program serta aktiviti mengikut norma baharu bagi menangani pandemik Covid-19.

"Pengisian program Bulan Menabung SSPN 2020 telah dilaksanakan secara online serta menawarkan pelbagai hadiah menarik dengan tagline ‘Jom Jadi Superhero Anak Anda’.

"PTPTN akan terus komited untuk meningkatkan lagi kesedaran masyarakat untuk terus menabung di dalam SSPN bagi mengelakkan kebergantungan kepada pinjaman semata-mata," katanya.

Beliau berkata, PTPTN yakin usaha itu akan disokong oleh semua pihak bagi merealisasikan untuk menjadikan PTPTN sebagai ‘Tabung Pendidikan’ dan mencapai sasaran deposit sebanyak RM1.5 bilion pada tahun 2020.