Biden yakin bakal lakar kemenangan

Calon presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden optimis negeri yang dikuasainya sudah cukup untuk membolehkannya memenangi pilihan raya AS kali ini.
Calon presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden optimis negeri yang dikuasainya sudah cukup untuk membolehkannya memenangi pilihan raya AS kali ini.
A
A
A

WASHINGTON- Calon presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Rabu berkata negeri yang dikuasainya sudah cukup untuk membolehkannya memenangi pilihan raya AS kali ini, menurut laporan Agensi Berita Sputnik.

"Sekarang, selepas sekian lama pengiraan, sudah jelas kita (akan) mempunyai jumlah negeri yang cukup untuk (menang) dengan 270 undi elektoral yang diperlukan," kata Biden kepada wartawan pada Rabu.

Pencabar dari Demokrat itu yakin kempennya akan melakar kejayaan.

Biden berkata "Saya dan gandingan saya Kamala Harris berada di landasan yang tepat untuk memecahkan rekod undi popular di AS.

"Beliau turut optimis dapat mengatasi pencabarnya Presiden Donald Trump di Pennsylvania.

"Semua baki undi pos akan dikira. Dan kami sudah memperoleh 78 peratus undi pos di Pennsylvania," ujar Biden. - Bernama

Artikel Berkaitan: