Biskut Trump lebih laku berbanding Biden

Donat Trump 2020 dan Biden 2020 antara menu yang bertujuan untuk menaikkan 'mood' pengundi di AS. - Foto: Agensi
Donat Trump 2020 dan Biden 2020 antara menu yang bertujuan untuk menaikkan 'mood' pengundi di AS. - Foto: Agensi
A
A
A

HOUSTON - Tiga restoran tempatan di Houston cuba untuk meredakan ketegangan Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) 2020 dengan menawarkan menu yang bertemakan calon dalam pemilihan tersebut yang bertujuan menaikkan 'mood' pengundi.

Three Brothers, Pena's Donuts & Diner dan Local Food masing-masing cuba menarik pengundi dengan menghasilkan makanan menggunakan nama Presiden Donald Trump dan pesaingnya, Joe Biden.

Sejak September lalu, Three Brothers Bakery telah menjual 'cookie poll' (biskut undi) yang membolehkan pelanggan mendapatkan biskut berperisa halia menampilkan Trump, Biden atau Gingy (gingerbread man).

"Kami mahu pelanggan berasa seronok dan mengundi mengikut selera mereka," kata jurucakapnya, Bobby Jucker.

Difahamkan, ia adalah kali keempat Three Brothers menjual biskut sedemikian yang secara kebetulan turut berjaya meramalkan tiga pemenang sebelum ini.

Menurut kedai yang mempunyai tiga cawangan di Houston, biskut Trump kini lebih laku berbanding Biden.

Sementara itu, Pena's Donuts & Diner juga menghasilkan donat Trump 2020 dan Biden 2020 malah ia turut memaparkan jumlah pembelian antara kedua-duanya di akaun media sosial mereka.

"Ia adalah cara menyeronokkan untuk orang ramai membeli donat," kata pemiliknya, Aldo Salazar.

Artikel Berkaitan:

Local Foods juga mencari kelainan melalui sandwic istimewa presiden yang ditawarkan di lima cawangan mereka.

Sejurus membuat tempahan, pelanggar juga akan diberikan tiket bagi membolehkan mereka mengundi untuk sandwic kegemaran masing-masing.

"Ia juga berlaku pada Hari Sandwic Kebangsaan," jelas jurucakapnya, Jeremy Robinson. - Agensi