Covid-19: Pemilik premis boleh mohon elaun kekosongan

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pemilik bangunan di ibu kota yang terjejas akibat penularan koronavirus (Covid-19) boleh memohon insentif elaun kekosongan yang membolehkan pulangan balik cukai taksiran (rebat), demikian menurut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Dalam satu kenyataan, DBKL memaklumkan elaun kekosongan adalah pulangan balik cukai taksiran (rebat) bagi bangunan kosong dan tidak diduduki sebagaimana yang diperuntukkan dalam Seksyen 162, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

“Kita sedia maklum dengan situasi pandemik Covid-19 yang turut memberi kesan kepada beberapa sektor termasuk di Kuala Lumpur.

“Terdapat banyak premis sama ada harta kediaman atau harta komersil yang terjejas tanpa disewa untuk kadar waktu yang agak panjang,” menurut kenyataan itu hari ini.

Menurut DBKL, terdapat 646,061 akaun cukai taksiran di Kuala Lumpur untuk tahun ini dan daripada jumlah itu, 529,770 adalah harta kediaman manakala 116,291 merupakan harta komersial.

Permohonan boleh dibuat dengan cara mengisi borang yang boleh didapati di Kaunter Bayaran Ibu Pejabat, Menara DBKL 1 atau muat turun di www.dbkl.gov.my seterusnya dihantar kepada Jabatan Kewangan DBKL.

“Kadar elaun kekosongan yang diberikan bergantung kepada jenis dan lokasi bangunan,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: