X

Kindly register in order to view this article
!

Belanjawan 2021: Cuepacs harap perkhidmatan kerajaan diutamakan

ADNAN
A
A

SHAH ALAM - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap kerajaan memberi keutamaan untuk memperkasakan lagi sistem perkhidmatan kerajaan ketika ini yang menjadi nadi kepada pentadbiran negara dalam pembentangan Belanjawan 2021 pada Jumaat nanti.

Presidennya, Adnan Mat berkata, penjawat awam ketika ini bukan sahaja menjadi petugas barisan hadapan dalam mencegah penularan koronavirus (Covid-19) malah turut diberi tanggungjawab memastikan kejayaan dalam program memacu semula pertumbuhan ekonomi negara yang terjejas.

“Kerajaan yang merupakan majikan kepada penjawat awam memberi perhatian terhadap usaha memperkasa sistem perkhidmatan awam negara. Sebagai penjawat awam, sudah tentu kita mahu agenda pemerkasaan sektor perkhidmatan awam diberi perhatian sewajarnya.

“Pemerkasaan ini perlu bersifat inklusif dan meliputi hal-hal berkaitan pembangunan kerjaya, persekitaran kerja yang baik, insentif kenaikan gaji serta kebajikan penjawat awam itu sendiri,” katanya dalam satu kenyataan.

Cuepacs berharap Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan pada 6 November nanti wajar mempertimbangkan:

1) Penambahbaikan dalam sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan perlu selari dengan hal-hal kebajikan untuk penjawat awam.

2) Kerajaan mempercepatkan pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia (SSM) baharu berikutan sistem saraan masa kini telah digunakan sejak 18 tahun lepas.

3) Belanjawan kali ini juga perlu memberi fokus kepada penjawat awam yang terlibat dalam usaha mencegah penularan Covid-19 dan program pemulihan ekonomi yang terjejas teruk akibat wabak pandemik ini.

4) Kerajaan perlu memberi keutamaan yang penting dalam usaha mencegah penularan covid-19 ini.

5) Belanjawan kali ini juga harus memberi fokus isu-isu kos sara hidup terutama di bandar-bandar besar.

6) Perkara asas dalam kehidupan perlu diberi perhatian seperti perumahan, kesihatan, pendidikan dan barangan makanan.

7) Perbanyakkan projek pembinaan rumah mampu milik untuk rakyat dan ditetapkan dengan harga jualan bermula RM100,000 hingga RM250,000 sahaja.

8) Bangunkan tanah-tanah kosong yang dimiliki kerajaan, jika kerajaan tidak mampu adakan kerjasama dengan pihak swasta tetapi ia tidak boleh bersifat menjana keuntungan yang berlebihan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!