Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

Ringgit ditutup rendah hari ini berbanding dolar AS di tengah-tengah ketidaktentuan senario dalaman dan luaran ketika pasaran masih menunggu keputusan pengiraan undian pilihan raya AS.
Ringgit ditutup rendah hari ini berbanding dolar AS di tengah-tengah ketidaktentuan senario dalaman dan luaran ketika pasaran masih menunggu keputusan pengiraan undian pilihan raya AS.
A
A
A

RINGGIT ditutup rendah hari ini berbanding dolar AS di tengah-tengah ketidaktentuan senario dalaman dan luaran ketika pasaran masih menunggu keputusan pengiraan undian pilihan raya Amerika Syarikat (AS).

Pada jam 6 petang, mata wang tempatan berada pada 4.1650/1710 berbanding dolar AS pada 4.1540/1580 semasa ditutup semalam.

Seorang peniaga berkata, prestasi dolar yang mengukuh dipacu oleh hala tuju dasar masa depan termasuk dasar perdagangan dan pelan pemulihan ekonomi ketika AS terus bergelut dengan peningkatan kes koronavirus (Covid-19).

Di dalam negara, pasaran terus menanti pengumuman Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan Jumaat ini.

Sementara itu, ringgit merosot berbanding mata wang utama yang lain namun lebih tinggi berbanding dolar Singapura.

Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0502/0559 daripada paras penutup 3.0517/0558 pada Selasa.

Bagaimanapun ringgit rendah berbanding pound Britain kepada 5.4024/4110 daripada 5.3965/3021, susut berbanding euro kepada 4.8626/8701 daripada 4.8585/8636 dan merosot berbanding yen kepada 3.9704/9769 daripada 3.9668/9713. - Bernama

Artikel Berkaitan: