Kluster Bayan: Dua sekolah di Kedah ditutup

Dua buah sekolah masing-masing di daerah Kota Setar dan Kubang Pasu ditutup seminggu bermula semalam melibatkan Kluster Bayan. Gambar kecil: Mohd Hayati
Dua buah sekolah masing-masing di daerah Kota Setar dan Kubang Pasu ditutup seminggu bermula semalam melibatkan Kluster Bayan. Gambar kecil: Mohd Hayati
A
A
A

ALOR SETAR - Dua buah sekolah masing-masing di daerah Kota Setar dan Kubang Pasu ditutup seminggu bermula semalam bagi mengekang penukaran pandemik koronavirus (Covid-19) melibatkan Kluster Bayan.

Perkara tersebut diumumkan melalui pekeliling yang dikeluarkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah semalam dan sekolah terbabit adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Abdul Rahman, Alor setar dan Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Sintok, Kubang Pasu.

Sementara itu, Exco Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata, kedua-dua sekolah berkenaan diarahkan tutup selama tujuh hari bermula 3 November hingga 9 November.

Menurutnya, penutupan sekolah tersebut dibuat bagi tujuan pembersihan dan disinfeksi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta ujian saringan Covid-19.

"Semua kontak rapat membabitkan Kluster Bayan di dua buah sekolah ini menjalani ujian saringan Covid-19 semalam dan juga hari ini.

"Bukan semua murid dan guru akan menjalani ujian saringan ini kerana ia hanya membabitkan kontak rapat sahaja," katanya ditemui selepas Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman hari ini.

Katanya, beliau mendapat makluman bahawa terdapat pekerja di sebuah kilang di Bayan Lepas, Pulau Pinang pulang ke rumah di Kedah selepas kilang itu ditutup berikutan ada kes positif Covid-19.

"Apabila dia balik rumah, anaknya pula yang belajar di sekolah terbabit pula didapati positif Covid-19," katanya.

Artikel Berkaitan: