Lebih 10 peniaga positif, UTC Pasar Sentral Labuan ditutup sementara

UTC Pasar Sentral Labuan ditutup sementara bermula hari ini hingga Jumaat selepas lebih 10 peniaga didapati positif Covid-19. - Foto dailyexpress.com.my
UTC Pasar Sentral Labuan ditutup sementara bermula hari ini hingga Jumaat selepas lebih 10 peniaga didapati positif Covid-19. - Foto dailyexpress.com.my
A
A
A

LABUAN - Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pasar Sentral Labuan ditutup sementara bermula hari ini hingga Jumaat (6 November) selepas lebih 10 peniaga didapati positif koronavirus (Covid-19).

Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan, Dr Ismuni Bohari berkata, kes positif berkenaan dikesan selepas lebih 400 peniaga di pasar basah/kering dan kios menjalani ujian saringan pada Ahad lepas.

“Kami telah mengeluarkan notis penutupan hari ini, kami akan menjalankan kerja sanitasi di kawasan-kawasan terjejas di tempat paling sibuk di UTC Pasar Sentral,” katanya.

Sehingga semalam, Labuan merekodkan keseluruhan sebanyak 673 kes positif Covid-19, berbanding hanya 28 kes dicatatkan pada 28 September lepas.

Kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Labuan pada 17 hingga 30 Oktober sebelum melanjutkannya kepada 13 November ini.

Wilayah Persekutuan Labuan mempunyai enam kluster aktif iaitu Saguking dengan 295 kes, Tenaga (58), Limbungan (48), Bina (27), Titian (58) dan Bundle (31). - Bernama

Artikel Berkaitan: