Mangsa banjir di Hulu Langat ditempatkan di pusat sementara

Edry (kiri) ketika meninjau keadaan penduduk yang terjejas akibat banjir di sekitar Hulu Langat hari ini.
Edry (kiri) ketika meninjau keadaan penduduk yang terjejas akibat banjir di sekitar Hulu Langat hari ini.
A
A
A

HULU LANGAT - Mangsa di beberapa kampung yang terlibat dengan kejadian banjir sekitar Hulu Langat telah ditempatkan di pusat sementara yang dibuka, hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dusun Tua, Edry Faizal Eddy Yusof berkata, antara kawasan kampung yang terlibat dengan banjir berkenaan adalah Lui, Kampung Perdik, Batu 18, Batu 17, Batu 16, Batu 14, Batu 13, Batu 10 dan Dusun Nanding.

Edry berkata, Pejabat DUN Dusun Tua bersama dengan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) sedang menyelaraskan bantuan di kawasan terlibat bagi membantu penduduk yang terjejas.

"Dengan penuh dukacita, hujan telah turun di Hulu Langat untuk tempoh yang lama lantas mengakibatkan paras air Sungai Langat meningkat dan menyebabkan banjir.

"Kami sangat faham akan keadaan perit yang sedang dilalui oleh penduduk-penduduk di DUN Dusun Tua buat masa ini," katanya menerusi kemas kini di laman Facebook, hari ini.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan beberapa kampung dan kawasan di daerah Hulu Langat lumpuh berikutan banjir akibat hujan lebat berterusan sejak malam tadi.

Mengulas lanjut, Edry berkata, pihaknya juga sedang menyediakan makanan buat penduduk di Pusat Foodbank DUN Dusun Tua buat masa ini bagi meringankan beban pihak terlibat.

"Bagi yang memerlukan bantuan makanan atau bantuan lain boleh berhubung terus dengan Pejabat Dun Dusun Tua di talian 016-218 9366 (Shukri), 012-268 0829 (Syazwan)," katanya.

Artikel Berkaitan: