X

Kindly register in order to view this article
!

Dr Mahathir khuatir kesan jangka panjang industri pelancongan

Dr Mahathir bimbang dengan kesan jangka panjang penularan wabak Covid-19 kepada industri pelancongan terutama di Langkawi.
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bimbang dengan kesan jangka panjang penularan wabak Covid-19 kepada industri pelancongan terutama di Langkawi.

Beliau dalam laman blognya hari ini menggesa agar pihak kerajaan memikirkan cara untuk membangunkan industri pelancongan walaupun Covid-19 tidak akan terhapus dalam masa terdekat.

“Terdapat banyak cara dan cadangan untuk memperbaiki ekonomi pelancongan yang boleh dilakukan tanpa peruntukan kerajaan, tetapi boleh menyumbang kepada pertambahan dana kerajaan.

“Tetapi jika dirancang dengan mengambil kira prosedur operasi standard (SOP) Covid-19, industri pelancongan dan lain-lain industri boleh diperbaiki.

“Saya akan terus berikan idea lain jika ia dapat membantu,” ujarnya.

Dr Mahathir yang baru pulang dari Langkawi tiga hari lepas berkata, aktiviti pelancongan di pulau berkenaan semakin suram berikutan kemerosotan pelancong luar terutama dari Selangor dan Kuala Lumpur yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Tambah beliau, walaupun Langkawi berada dalam zon hijau, namun penduduk tetap patuh kepada SOP dan semua pelawat perlu menjalani pemeriksaan Covid-19.

“Walaupun beberapa bulan lalu terdapat peningkatan kemasukan pelancong tempatan, malangnya pertambahan mendadak kes-kes Covid-19 telah membantutkan kedatangan pelancong ke Langkawi,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!