Rokok, arak seludup RM192,699 dirampas

Sejumlah rokok dan arak seludup berjaya dirampas PPMW2 Pengerang menerusi penahanan seorang lelaki, Isnin lalu. dup RM192,699 dirampas
A
A

JOHOR BAHRU - Sejumlah rokok dan arak seludup berjaya dirampas Pasukan Polis Marin Wilayah 2 (PPMW2) Pengerang menerusi penahanan seorang lelaki, Isnin lalu.

Komandernya, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, suspek berusia 59 tahun itu ditahan ketika sedang memandu sebuah kereta di Jalan Mawai-Kota Tinggi, Kota Tinggi.

Menurutnya, barangan rampasan dianggarkan bernilai RM192,699 itu ditemui menerusi dua serbuan berasingan termasuk kenderaan dipandunya.

"Pemeriksaan dalam kenderaan suspek telah menemukan sejumlah rokok kretek dan rokok putih pelbagai jenis yang disimpan di bahagian kerusi penumpang hadapan, kerusi belakang dan dalam bonet kenderaan itu.

"Polis kemudiaannya bergerak ke sebuah rumah di Kampung Mawai Baru, Kota Tinggi hasil maklumat diberikan suspek. Pemeriksaan dilakukan telah menemui sejumlah kotak rokok dan minuman keras pelbagai jenis," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Paul berkata, pihaknya turut menemui baki dan sejumlah lagi rokok seludup dalam sebuah kereta yang diletakkan di hadapan rumah berkenaan.

"Pelbagai jenis rokok ini pula ditemui dalam keadaan disorokkan di bahagian tempat duduk belakang dan dalam bonet kenderaan," katanya.

Beliau berkata, barangan rampasan kemudiannya dibawa ke Pangkalan PPMW2 Tampoi selain suspek kini sedang menjalani perintah reman selama 10 hari di bawah Akta Kastam 1967.