X

Kindly register in order to view this article
!

RTBA saran tiga kaedah tangani pasaran gelap

Tiga penyelesaian teras bagi menangani rokok seludup secara berkesan yang dicadangkan oleh RTBA.
A
A

KUALA LUMPUR - Advokasi Jenama Runcit dan Perdagangan (RTBA) melahirkan sokongan terhadap komitmen kerajaan Malaysia untuk menamatkan dorongan ekonomi gelap atau pasaran gelap dalam Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan Jumaat ini.

Pengarah Urusan RTBA, Heath Michael berkata, ia adalah susulan rancangan yang diumumkan oleh Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz yang mahu mengoptimumkan struktur cukai semasa bagi mengurangkan ketirisan.

Heath Michael
Heath Michael

Beliau berkata, RTBA gembira kerana Menteri Kewangan telah mengenengahkan secara khusus pasaran pasaran gelap sebagai masalah utama untuk diselesaikan kerana Malaysia kini menanggung beban dengan penarafan Nombor 1 di dunia dari segi insiden-insiden rokok seludup.

"Ini telah mengakibatkan negara ini kerugian berbilion ringgit dari segi hasil setiap tahun; mewakili dana yang sepatutnya boleh digunakan bagi membina semula ekonomi yang terkena impak pandemik Covid-19," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

RTBA yang berpangkalan di Victoria, Australia adalah sebuah organisasi antarabangsa bukan kerajaan yang menggesa perlindungan ke atas perniagaan dan jenama-jenama di seluruh rantau daripada perlakuan jenayah.

Lebih membimbangkan, kata nya, saiz dan mendalamnya pasaran rokok seludup Malaysia telah melimpah ke negara-negara seperti Australia dan New Zealand, di mana beberapa warga Malaysia baru-baru ini diberkas dan didakwa kerana menjual rokok seludup.

“Rokok seludup kini mewakili 65 peratus daripada jumlah keseluruhan pasaran di Malaysia dan terdapat petunjuk ia akan meningkat lagi. Tidak ada negara maju atau sedang membangun di dunia ini boleh membiarkan keseluruhan sektor perniagaan dikawal sepenuhnya oleh kumpulan jenayah terancang,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan Malaysia melakukan perkara yang betul dengan mengisytiharkan komitmen untuk menangani segmen yang besar dan tidak henti-henti di dalam pasaran gelap ini.

"Walau bagaimanapun, di dalam pasaran di mana majoriti penguasaan produk adalah tidak sah, ia memerlukan langkah pelbagai serampang mata yang menyeluruh dan dilaksanakan serentak bagi mencapai kejayaan yang bermakna,” kata Michael.

RTBA turut mencadangkan tiga penyelesaian teras bagi menangani rokok seludup secara berkesan iaitu:

1) Kurangkan cukai

Kerajaan mestilah ada kesungguhan untuk mengkaji semula dan mengubah struktur cukai sedia ada untuk merapatkan jurang harga antara produk sah dengan seludup. Akhirnya nanti, jurang harga yang besar itulah yang akan mendorong penjenayah untuk meneruskan perdagangan rokok seludup. Tamatkan jurang itu dan motif untuk berdagang rokok seludup akan terhapus.

2) Memperkasa agensi penguatkuasaan

Di Australia, Pasukan Sempadan Australia (ABF) memainkan peranan penting untuk mematahkan aktiviti penyeludup dan sindiket jenayah. Pada 2015, kami menubuhkan pasukan khusus Tobacco Strike Team bagi mengumpul maklumat perisikan mengenai operasi haram dan memintas penghantaran menerusi kapal barangan haram.

Pada 2019, ABF merampas 633 tan rokok tidak sah, melonjak 46 peratus berbanding tahun sebelumnya. Di sebalik itu, sejumlah 3.1 juta kilogram rokok, sama ada dibungkus atau lerai, diseludup masuk ke negara itu semasa tempoh yang sama.

Ini adalah petunjuk bahawa walaupun adalah penting memiliki pasukan petugas khusus, ia masih belum cukup untuk menangani pasaran rokok seludup.

Pasukan petugas terdiri daripada pelbagai agensi diperlukan bagi memperkasa penguatkuasaan diperlukan bagi Malaysia, yang bukan sahaja menghimpunkan kepakaran dan keupayaan tetapi juga berupaya membina pasukan pro-aktif, dipacu perisikan bagi menyokong kawalan di sempadan.

2) Mengharamkan pemunggahan (transshipment)

Satu daripada faktor utama yang menyumbangkan kepada pertambahan dagangan pasaran gelap ialah pemunggahan kapal atau transshipment.

Memandangkan bilangan pemunggahan dilakukan di pelbagai pelabuhan di negara ini, pegawai kastam Malaysia sering tidak mempunyai sumber-sumber atau teknologi untuk memeriksa setiap kontena yang diisytiharkan sebagai stok pemunggahan yang memasuki negara.

Pengharaman menyeluruh terhadap pemunggahan kapal dan pengenalan satu pusat kemasukan untuk sebarang pengimportan produk rokok ke Malaysia boleh memainkan peranan penting bagi mengekang rokok seludup daripada memasuki negara atau diedarkan semula ke negara lain seperti New Zealand dan Australia.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!