Covid-19: SABK Maahad Al-Yahyawiyah ditutup

Makluman penutupan sekolah oleh JPN.
Makluman penutupan sekolah oleh JPN.
A
A
A

IPOH - Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Maahad Al-Yahyawiyah, Padang Rengas ditutup selama tujuh hari mulai esok susulan pengesahan kes jangkitan koronavirus (Covid-19).

Pengarah Pendidikan Perak, Dr Mohd Suhaimi Mohamed Ali berkata, penutupan tersebut dibuat bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dan desinfeksi dijalankan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

“Sekolah tersebut akan ditutup bermula 5 November sehingga 11 November. Sekolah akan dibuka semula pada 12 November ini.

“Sepanjang tempoh penutupan tersebut, pentadbir sekolah diarah untuk memastikan guru-guru serta murid melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah,” katanya menerusi satu makluman di Facebook rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Perak hari ini.

Katanya, manual pengajaran dan pembelajaran boleh dimuat turun di portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) www.moe.gov.my

Artikel Berkaitan: