Dr Mahathir tolak cabaran debat Najib

Najib dan Dr Mahathir
Najib dan Dr Mahathir
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad menolak cabaran Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berdebat.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau tidak mempunyai sebarang sebab untuk berdebat dengan Najib yang juga bekas Perdana Menteri kerana pemimpin terbabit telah disabitkan di mahkamah.

"Tiada sebab untuk berdebat dengan Dato Sri Najib (Tun) Razak sekarang setelah segala tuduhan terhadapnya telah terbukti benar oleh mahkamah," katanya di laman Facebooknya hari ini.

Dr Mahathir mengulas laporan sebuah portal bertajuk 'Najib cabar Mahathir debat'.

Terdahulu, Najib ketika menjawab komen yang diberikan pengguna di Facebooknya berkata, pihaknya bersedia pada bila-bila masa untuk berdebat dengan Ahli Parlimen Langkawi itu.

Komen Najib itu kemudiannya disokong pengikutnya yang berharap agar cadangan itu dapat direalisasikan bagi membolehkan rakyat menilai kebenaran di sebalik semua dakwaan dilontarkan Dr Mahathir.

Untuk rekod, Najib dan Mahathir sebelum ini tidak pernah duduk sepentas untuk berdebat bagi menjawab isu-isu yang dibangkitkan.

Bagaimanapun dilaporkan Mahathir pernah beberapa kali mencabar Najib untuk berdebat sebelum ini bagi menjawab semua kritikan yang dilemparkan.

Artikel Berkaitan: