X

Kindly register in order to view this article
!

Lebih separuh rakyat AS mahu Kamala Harris jadi Naib Presiden

Kamala Harris
A
A

WASHINGTON - Lebih separuh daripada pengundi Amerika Syarikat iaitu 51 peratus memilih calon Naib Presiden AS dari parti Demokratik, Kamala Harris menyandang jawatan itu bagi penggal akan datang, lapor media NBC News.

Tinjauan NBC News itu turut menunjukkan pencalonan Harris ditolak oleh 43 peratus responden.

Harris difahamkan menerima sokongan dua pertiga daripada pengundi berbangsa Afrika Amerika dan Latin, namun kurang daripada separuh responden berkulit putih dan Asia.

Sekiranya terpilih, Harris akan menjadi wanita dan pemimpin bukan berkulit putih pertama yang akan berkhidmat sebagai Naib Presiden AS.

Pencabar beliau merupakan penyandang jawatan itu, Mike Pence daripada parti Republikan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!