Biden dahului Trump dalam pilihan raya Presiden

Joe Biden mendahului pencabarnya, Donald Trump daripada parti Repulikan dalam pilihan raya Presiden negara itu yang diadakan.
Joe Biden mendahului pencabarnya, Donald Trump daripada parti Repulikan dalam pilihan raya Presiden negara itu yang diadakan.
A
A
A

WASHINGTON - Calon Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden sedang mendahului pencabarnya, Donald Trump daripada parti Repulikan dalam pilihan raya Presiden negara itu yang diadakan semalam.

Media AS yang mendedahkan keputusan awal itu menunjukkan Biden memenangi 117 undi elektoral apabila menang di Connecticut, Delaware, Maryland, Illinois, Massachusetts, Rhode Island, Vermont, Virginia and New Jersey.

Beliau juga menang undi elektoral di daerah Columbia yang menempatkan ibu kota pentadbiran Amerika Syarikat, Washington.

Trump pula memperoleh 80 undi elektoral apabila menang di 12 buah negeri termasuk Indiana, Kentucky, Oklahoma, Tennessee dan Virginia Barat, Alabama dan Arkansas.

Undi elektoral yang diperlukan untuk memenangi jawatan Presiden AS ialah 270. - AFP

Artikel Berkaitan: