X

Kindly register in order to view this article
!

Gabenor Bangkok rayu bantuan

Penggunaan dron telah mencetuskan kritikan pengguna media sosial.
A
A

BANGKOK - THAILAND. Gabenor Bangkok, semalam merayu bantuan untuk menangani kabut tebal yang menyelubungi ibu negara Thailand itu sejak beberapa minggu lalu.

Aswin Kwanmuang menggesa 'semua sektor' untuk mencari jalan penyelesaian masalah itu selepas dron penyembur air yang digunakan untuk membersihkan ruang udara mencetuskan pelbagai reaksi pengguna media sosial tentang keberkesanannya.

"Saya mengalu-alukan semua pihak untuk membantu. Jika kami tidak lakukan apa-apa, orang ramai akan mengkritik kami kerana tidak mengambil sebarang tindakan," katanya.

Rayuan itu dibuat sehari selepas beliau mengisytiharkan Bangkok sebagai 'kawasan kawalan' yang menyaksikan penutupan sekolah sehingga hari ini dan larangan memasuki Bangkok terhadap kenderaan yang menggunakan diesel selain sebarang aktiviti pembakaran adalah dilarang sepenuhnya.

Sebelum ini, pihak berkuasa turut melakukan operasi pembenihan awan bagi membersihkan ruang udara daripada bahan mikro berbahaya PM2.5.

Selain itu, tentera juga telah diminta untuk memeriksa kilang di seluruh negara. - AFP


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus