X

Kindly register in order to view this article
!

Banjir kilat landa Seremban

Gambar menunjukkan kawasan yang terlibat banjir dikongsi pengguna Facebook. - Foto Facebook Seremban.
A
A

SEREMBAN - [DEIKEMAS KINI] Seramai kira-kira 450 penduduk terjejas apabila sekurang-kurangnya sembilan kawasan di daerah ini dan Rembau dilanda banjir kilat selepas hujan lebat kira-kira tiga jam bermula tengah malam tadi.

Kawasan di Seremban terlibat dalam kejadian bermula 12.30 tengah malam tadi ialah Taman Happy, Taman Blossom dan Kampung Datuk Mansor di Rasah; Kampung Baru Blok C di Ampangan, Kampung Batu Tiga di Mambau, Taman Bukit Chedang, dan Taman Angsamas.

Sementara kawasan terjejas di Rantau, Rembau pula membabitkan Kampung Linsum, Kampung Kuala Sawah dan Kampung Siliau.

Pegawai Operasi Bencana Angkatan Pertahanan Awam (APM) Seremban, Leftenan (PA) Mohd Najib Abdul Karim berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada jam 12.45 malam.

“Di Seremban, setakat ini kami tidak membuka sebarang pusat pemindahan sementara (PPS) memandangkan penduduk terlibat berpindah sementara ke rumah keluarga terdekat.

“Bagaimanapun, di Rantau sehingga kini, lebih kurang 50 penduduk terjejas dipindahkan ke PPS di Sekolah Kebangsaan Sega.

"Jumlah sebenar masih belum diketahui kerana anggota masih dalam kerja-kerja pemindahan mangsa terlibat di Kampung Linsum dan Kampung Siliau,” katanya.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan seorang lelaki hilang dipercayai dihanyutkan arus deras selepas air sungai melimpah ke Taman Happy di Jalan Rasah di sini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pasukannya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.45 pagi dan tiba di lokasi 10 minit kemudian.

ARTIKEL BERKAITAN: Banjir kilat: Lelaki hilang dihanyutkan arus deras


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!