X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 28 Jun 2022

Mohamad Mentek mula tugas KSU KKMM

Mohammad disambut pengurusan tertinggi Kementerian Komunikasi dan Multimedia dalam suasana normal baharu sejurus tiba di kementerian itu bagi memulakan tugas rasminya sebagai Ketua Setiausaha KKMM hari ini.
 - Foto Bernama
A
A

PUTRAJAYA - Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) yang baharu, Datuk Seri Mohammad Mentek memulakan tugas rasminya di kementerian itu hari ini.

Beliau yang juga sebelum ini Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) tiba di KKMM pada 8.30 pagi dan disambut pengurusan tertinggi kementerian dalam suasana norma baharu.

Mohammad kemudiannya mengimbas kad perakam waktu sebelum memasuki pejabatnya dan dijadualkan bertemu ketua jabatan KKMM bagi sesi perkenalan dan taklimat korporat kementerian serta ketua agensi di bawah KKMM.

Beliau akan melakukan kunjungan hormat ke atas Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah hari ini.

Mohammad menggantikan Datuk Suriani Ahmad yang mula bertugas sebagai KSU MEDAC hari ni. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!