Potong gaji CEO GLC RM1 juta sebulan

Sokongan yang lebih besar daripada GLC dan GLIC diperlukan kerana negara berdepan dengan krisis ekonomi dan kesihatan berikutan penularan pandemik Covid-19 memberikan kesan kepada rakyat serta negara.
Sokongan yang lebih besar daripada GLC dan GLIC diperlukan kerana negara berdepan dengan krisis ekonomi dan kesihatan berikutan penularan pandemik Covid-19 memberikan kesan kepada rakyat serta negara.
A
A
A

[LAPORAN KHAS] SHAH ALAM - Kerajaan disarankan melakukan pemotongan gaji ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat milik kerajaan (GLC) yang terlalu tinggi dan tidak masuk akal sehingga ada yang mencecah RM1 juta sebulan untuk menambah pendapatan kerajaan dalam Belanjawan 2021.

Menurut Mohammed kajian yang dilakukan mendapati 68 peratus ketua isi rumah tidak mempunyai simpanan.
Menurut Mohammed kajian yang dilakukan mendapati 68 peratus ketua isi rumah tidak mempunyai simpanan.

Pakar ekonomi, Dr Muhammed Abdul Khalid berkata, dalam Belanjawan 2021 yang sangat sukar ini semua pihak terutamanya menteri dan CEO GLC perlu berkorban untuk membantu memulihkan ekonomi negara.

Mneurutnya, dengan tambahan dalam dana kerajaan itu nanti, ia boleh digunakan untuk membantu petugas hadapan yang selama ini telah menyabung nyawa dalam usaha menangani wabak koronavirus di negara ini, dan mereka yang terkesan dari pandemik ini seperti ibu tunggal, fakir miskin,

“Kerangka yang penting untuk ekonomi rakyat ialah kerajaan harus berbelanja, sekarang kerajaan masih kedekut, kita tak mahu belanja. Kita taksub hutang Kadar Dalam Negara Kasar nanti tinggi dan desifisit. Lupakan itu semua, ini krisis.

“Sekarang kita belanja sikit sahaja, bukannya RM300 bilion, tetapi suntikan dana kerajaan hanyalah RM45 bilion sahaja. Secara relatifnya, Singapura belanja empat kali ganda daripada kita, Thailand belanja dua kali ganda daripada kita,” katanya.

Bagaimanapun beliau mengakui ramai orang akan bertanya, dari mana kerajaan boleh dapat duit yang banyak untuk meningkatkan peruntukan dalam belanjawan nanti.

“Kita boleh meminjam secara domestik, kadar faedah masih rendah. Apabila rakyat berbelanja nanti, kerajaan akan dapat balik cukai, namun jika masih tidak mencukupi, menteri dan CEO GLC boleh berkorban.

Artikel Berkaitan:

“Adalah tidak masuk akal Kabinet paling besar dalam sejarah, tetapi tidak boleh selesaikan isu ekonomi, isu Covid-19. Saya sarankan potong gaji semua menteri tiga bulan dan berikan kepada frontliners.

“Keduanya potong gaji sesetengah CEO GLC. Salah satu anak syarikat GLC milik kerajaan contohnya gaji CEO dicampur bonus boleh cecah RM1 juta sebulan. Bukan seorang dua CEO, ada beberapa orang yang saya tahu,” katanya yang pernah berkhidmat sebagai penasihat ekonomi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.