Hanya kerajaan mampu belanja besar

No Image Caption
A
A
A

[LAPORAN KHAS] SHAH ALAM - Mengakui Belanjawan 2021 bakal menjadi bajet paling mencabar berikutan krisis kesihatan Covid-19, Ketua Penganalisis Ekonomi Bank Islam, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid menegaskan belanjawan tersebut perlu merangkumi suatu rangsangan ekonomi yang berterusan.

Mohd Afzanizam
Mohd Afzanizam

“Dalam situasi ekonomi yang tidak menentu ini hanya kerajaan sahaja yang boleh berbelanja dalam skala yang besar kerana pihak swasta seperti isi rumah dan para peniaga akan sentiasa berhati-hati dalam perbelanjaan mereka.

“Institusi seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Persaraan Di Perbadankan (KWAP), institusi perbankan, syarikat-syarikat insuran serta pengurus dana asing sentiasa berminat untuk memberi pembiayaan kepada kerajaan.

“Jika kita lihat profil pelabur di dalam Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) yang merupakan instrumen utama dalam hutang kerajaan, 63 peratus dimiliki oleh institusi tempatan manakala baki 37 peratus milik pelabur asing, ini sekali gus membuktikan keyakinan pelabur luar bahawa kerajaan berupaya melunaskan hutang-hutang.“Justeru, kerajaan sememangnya mempunyai keupayaan untuk berbelanja lebih lagi dalam Belanjawan 2021,” katanya kepada Sinar Harian.

Tambah beliau, proses pemulihan ekonomi negara dijangka perlahan berikutan banyak kegiatan ekonomi berlangsung dalam suasana yang penuh kekangan.

“Keutamaan pastinya menstabilkan pasaran buruh yang lemah dengan kadar pengangguran masih lagi tinggi. Kita mahu mereka yang kehilangan pekerjaan ini akan segera mendapat kerja yang lain,” ujar Mohd Afzanizam.Menurut beliau, apabila individu terpaksa bertukar tempat kerja dan menceburi industri yang baharu pastinya terdapat perbezaan kemahiran maka latihan kemahiran adalah perlu bagi mempersiapkan diri.

Artikel Berkaitan: