X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 28 November 2021

EAIC selesai siasatan suspek sindiket Macau Scam, judi dalam talian

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC)
A
A

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) telah selesai menjalankan siasatan berhubung tindakan seorang suspek sindiket Macau Scam dan perjudian dalam talian yang melarikan diri melalui pagar belakang bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pada 11 Oktober lalu.

Pengerusinya, Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata semua pihak yang terlibat telah memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak EAIC.

“Dapatan siasatan dan keputusan EAIC telah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara menurut perenggan 30(1)(c) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 (Akta 700) untuk tindakan selanjutnya,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, pada 13 Oktober lalu, SPRM mengesahkan seorang suspek sindiket ‘cuci duit’ atau pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan perniagaan beberapa selebriti tanah air, bertindak melarikan diri ketika hendak ditahan semula di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959.

Berikutan itu, pada 16 Oktober lalu, polis mendedahkan butiran suspek yang dikehendaki polis bagi membantu siasatan tiga kes melibatkan penganjuran judi dalam talian di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

ARTIKEL BERKAITAN: Alvin Macau Scam akhirnya kena cekup

Katanya, suspek disyaki adalah koordinator kepada aktiviti Macau Scam di China.

Pada 27 Oktober lalu, suspek telah ditahan mengikut POCA bersama-sama seorang wanita, dipercayai warga China, di hotel sebuah pusat peranginan di Pahang. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!