Tiada peraturan tentang pemakaian ADUN: Noh

Noh memuat naik status di Facebook beliau hari ini.
Noh memuat naik status di Facebook beliau hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Ng Suee Lim membangkitkan isu pakaian kebangsaan kononnya memakai baju tersebut tidak mematuhi peraturan tidak boleh diterima kerana tiada peraturan tentang pemakaian ADUN.

Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, jika tiada peraturan, Speaker perlu mengikut prinsip 'Common Law' atau undang-undang statut.

Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang berkata, beliau berbangga dengan keberanian ditunjukkan ADUN UMNO dan Pas mengenakan pakaian baju kebangsaan.

"Syabas dan tahniah kepada ADUN UMNO dan Pas yang mempertahankan kebudayaan nasional," katanya yang memuat naik status di Facebooknya hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Sidang DUN Selangor kecoh lagi isu pakaian

Mengambil contoh di Sidang Parlimen, Noh memberitahu, Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli sentiasa mengenakan baju Melayu.

"Ahli Parlimen Dungun (Wan Hassan) setiap hari memakai baju Melayu setiap kali Parlimen bersidang sejak tahun 2013 dan tidak pernah ditegur oleh Speaker Dewan Rakyat," katanya.

Semalam, lima ADUN pembangkang ditegur Suee Lim kerana tidak mematuhi peraturan apabila memakai baju kebangsaan pada permulaan sesi sidang DUN.

Artikel Berkaitan:

Lima ADUN berkenaan adalah Ketua Pembangkang DUN Selangor, Rizam Ismail (Sungai Air Tawar), Datuk Mohd Shamsudin Lias (Sungai Burong), Zakaria Hanafi (Semenyih), Datuk Mohd Imran Tamrin (Sungai Panjang) dan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi (Sijangkang).