Lelaki curi figura adiwira ditahan

Dzulkhairi menunjukkan figura adiwira yang dirampas daripada suspek pada sidang akhbar di IPD Iskandar Puteri hari ini.
Dzulkhairi menunjukkan figura adiwira yang dirampas daripada suspek pada sidang akhbar di IPD Iskandar Puteri hari ini.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Seorang peniaga barang mainan mengalami kerugian RM6,000 apabila figura adiwira dicuri selepas kedainya di Taman Nusa Indah di sini dipecah masuk pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, kejadian itu disedari peniaga tersebut kira-kira jam 12.30 tengah hari selepas dia mendapati mangga roller shutter kedainya sudah tiada selain pelbagai figura adiwira turut hilang.

"Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri menahan seorang lelaki berusia 29 tahun dalam serbuan kira-kira jam 9 malam di kawasan Bestari Walk, Taman Nusa Bestari di sini Jumaat lalu.

Figura adiwira yang dirampas dalam serbuan di kawasan Bestari Walk, Taman Nusa Bestari, Iskandar Puteri pada Jumaat lalu.
Figura adiwira yang dirampas dalam serbuan di kawasan Bestari Walk, Taman Nusa Bestari, Iskandar Puteri pada Jumaat lalu.

"Dalam serbuan tersebut, polis turut merampas pelbagai barang rampasan figura adiwara yang dianggarkan mencecah nilai RM300 bagi setiap satu figura yang merupakan karektor komik popular dari Jepun," katanya pada sidang akhbar di IPK Iskandar Puteri di sini hari ini.

Dzulkhairi berkata, hasil ujian air kencing ke atas suspek yang merupakan seorang penganggur itu didapati negatif.

"Berdasarkan keterangan, suspek mengaku terlibat dalam kes ini bersama dua lagi rakannya yang masih bebas.

"Suspek ditahan reman selama enam hari sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 453 Kanun Keseksaan kerana menceroboh," katanya.

Artikel Berkaitan: