5 wanita hebat dengan jenama tersendiri

A
A
A
1. Pazdilah julang nama Siti Khadijah



Siti Khadijah (SK) berjaya menembusi pasaran Indonesia dengan penghasilan telekung yang cantik dan berkualiti.

Hasil kerja keras sejak 2009, pemilik dan pengasas Butik Siti Khadijah Apparel Sdn. Bhd, Pazdilah Enda Sulaiman berjaya meletakkan koleksi telekung setanding dengan busana Muslimah lain dengan mengutamakan kualiti dan keselesaan.

SK telah didaftarkan di bawah reka bentuk industri Perbadanan Harta Intelek Malaysia (myIPO).

2. Raja Nadia Sabrina cipta jenama Aere

Artikel Berkaitan:



Ibu muda ini memulakan kerjaya profesionalnya sebagai seorang peguam sebelum mula berjinak dengan dunia penulisan di blog.

Melalui platform blog itulah dia berkongsi minat mendalam mengenai dunia fesyen dan seni. Namun minat itu bukan setakat di situ sahaja, Raja Nadia Sabrina menterjemahkan ilmu fesyennya menjadi dunia perniagaan.



Pada 2014, beliau memulakan label Aere yang menggabungkan konsep elegan, selesa dan versatil untuk Muslimah. Pada Julai 2016, beliau berjaya membawa jenama Aere ke peringkat antarabangsa di Minggu Fesyen Jakarta.

Lebih membanggakan, Aere juga satu-satunya jenama Malaysia yang dijemput ke Minggu Fesyen Moden di Dubai. Pencapaian yang amat besar bagi Raja Nadia Sabrina dan juga jenama fesyen Malaysia!

3. Tan Hooi Ling bersama ilhamkan Grab



Kolaborasi Hooi Ling dan Anthony Tan akhirnya mencetuskan satu fenomena baharu dalam dunia perniagaan pengangkutan di Malaysia. MyTaxi atau Grab menjadi satu alternatif baharu pengangkutan penumpang di negara ini selain daripada teksi, bas dan LRT.

Hasil garapan idea dan usaha keras wanita muda dan rakan pengasasnya, Grab kini beroperasi di 60 bandar dalam 7 negara.

Idea perniagaan pintas ini membawa keselesaan kepada pengguna dan mencipta sumber pendapatan baharu kepada puluhan ribu rakyat Malaysia.

4. Iman Raza bawa Xiomara Luxe tembusi ASEAN



Wanita kelahiran Pulau Pinang ini membuktikan tekad, kesungguhan dan kerja keras merupakan antara elemen ampuh untuk membina kejayaan.

Semangat dan kesungguhan luar biasa itu melayakkan Nurul Iman Fatihah, 30, dianugerahkan sebagai Wanita Berjaya Dalam Perniagaan dalam majlis anugerah ‘Top Young CEO 2019’ Malaysia anjuran Ikon Malaysia dengan kerjasama Organisasi Pengarah Syarikat Malaysia (MOCAD).

Selepas 13 tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan, kini dia mampu tersenyum bangga apabila jenama Xiomara Luxe kini sudah menembusi pasaran Singapura, Indonesia dan Brunei.

5. Christy Ng kukuhkan nama melalui ChristNg.com



Diramalkan bakal mengikut jejak langkah pereka kasut tersohor Jimmy Choo, Christy Ng adalah pengasas dan CEO ChristyNg.com. Ia adalah sebuah syarikat kasut atas talian yang mengkhususkan dalam kasut buatan tangan, dari kasut perkahwinan hingga kasut tumit tinggi dan kasut am sejak 2010!

Christy sentiasa mempunyai bakat untuk seni dan keusahawanan. Kasut Christy berbeza daripada yang ada di pasaran kerana pelanggan dapat merekabentuk kasut mereka sendiri di laman web. Tidak kira bagaimana anda mahu, Christy boleh melakukannya!



Hari ini, wanita dari lebih daripada 30 negara memakai kasut jenama Christy Ng dan jumlahnya semakin meningkat setiap hari.

Christy pasti membuat gelombang di luar negara bukan sahaja sebagai Jimmy Choo yang akan datang, tetapi sebagai pereka kasut yang berjaya mereka kasut sendiri!