Suspek bunuh Siti Nur Surya negatif dadah

Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda membenarkan suspek direman tujuh hari bermula hari ini sehingga 9 November bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Gambar kecil: Mohd Adli Mat Daud
Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda membenarkan suspek direman tujuh hari bermula hari ini sehingga 9 November bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Gambar kecil: Mohd Adli Mat Daud
A
A
A

HULU TERENGGANU - [DIKEMASKINI] Polis mengesahkan ujian air kencing suspek yang membunuh Siti Nur Surya adalah negatif dadah.

Ketua Polis Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, ujian air kencing sudah dijalankan dan didapati negatif.

"Siasatan lanjut turut mendapati suspek yang berusia 19 tahun itu tidak memiliki sebarang rekod jenayah lampau.

"Hasil siasatan awal masih menjurus kepada motif perselisihan faham, bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan.

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja jaga ibu sakit maut dipercayai dibunuh

"Mungkin dalam masa terdekat ini kita akan memanggil beberapa saksi yang boleh membantu melengkapkan siasatan termasuk ahli keluarga suspek," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan bukti di lokasi, polis percaya kejadian itu dilakukan hanya seorang sahaja.

Dalam masa sama, beliau meminta orang ramai agar menghentikan segera menyebarkan berita-berita yang masih tidak sahih di laman sosial.

Artikel Berkaitan:

"Tindakan undang-undang akan diambil sekiranya didapati masih ada yang berdegil menyebarkan berita tidak benar," katanya.

Pagi tadi, Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda membenarkan suspek direman tujuh hari bermula hari ini sehingga 9 November bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Terdahulu, remaja itu yang mengenakan baju lokap berwarna ungu tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Marang di sini kira-kira jam 10.10 pagi.

Semalam, suspek ditahan selepas tampil ke Balai Polis Telemong Hulu Terengganu kira- kira jam 7.30 pagi dengan ditemani ibunya kononnya untuk membantu siasatan, namun hasil keterangan diberi remaja terbabit mencurigakan lalu ditangkap untuk siasatan lanjut.

Penahanan remaja yang bersekolah bersama mangsa daripada Tingkatan Satu hingga Lima itu sekali gus membongkar motif kejadian pembunuhan kejam itu.

Siti Nur Surya dibunuh kejam dengan beberapa kesan tikaman dipercayai senjata tajam di beberapa bahagian badan termasuk putus pergelangan tangan kiri.

Ketika kejadian, bapa mangsa tiada di rumah, manakala mangsa yang merupakan anak kelima daripada tujuh beradik sedang menjaga ibunya yang terlantar sakit akibat kanser otak.

ARTIKEL BERKAITAN: Rakan sekolah kepada mangsa bunuh ditahan

Bapa harap pembunuh Siti Nur Surya terima balasan setimpal

Suspek bunuh Siti Nur Surya direman tujuh hari