X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 29 November 2021

Puad dakwa Kit Siang bimbang pengaruh Najib

Tangkap layar Facebook Puad hari ini.
A
A

SHAH ALAM - Pelantikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) dikecam Lim Kit Siang kerana veteran DAP itu bimbang pengaruh bekas Perdana Menteri itu.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi turut berkata, sebenarnya mereka bimbang BNBBC akan lebih menonjol dan kredibiliti Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) naik sebagaimana popularnya platform 'Bossku' pada rakyat dan mereka pula tenggelam.

Menurutnya, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu 'terkejut' apabila bekas Perdana Menteri itu dilantik sebagai Pengerusi BNBBC.

Malah kata Fuad, Kit Siang turut berkata, pelantikan Najib itu mengejutkan dan memalukan Parlimen dan beliau meminta Parlimen agar tidak mengiktiraf pelantikan Najib.

“Takut betul mereka pada Najib. Bukannya Najib jadi Perdana Menteri, Pengerusi BN atau Presiden UMNO. Takut apa? Najib cuma ketua kepada 23 ahli Parlimen 'backbenchers' sahaja.

"Semoga Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak terikut-ikut dengan perangai takut Kit Siang dan Tun Dr Mahathir Mohamad. Kalau ada 'kejujuran politik' takut apa?

“Dr Mahathir pasti akan sokong Kit Siang. Malangnya Pejuang (Parti Pejuang Tanahair) belum lulus tapi dua orang ahli Parlimennya iaitu Dr Maszlee Malik dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah cabut lari.

"Esok lusa Dr Shahruddin dan Dato Amiruddin pun cabut sama,” katanya dalam kenyataan di laman Facebooknya hari ini.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!